Soalan Lazim
Mempunyai sebarang persoalan? Kami sedia membantu dengan jawapan berikut.
Jika anda memerlukan pertolongan lanjut, sila hubungi kami melalui e-mel ke
mikrosayang@greateasterntakaful.com
A. Maklumat & Manfaat Produk
MikroSayang adalah pelan Takaful Bertempoh Berkelompok yang boleh diperbaharui setiap tahun bagi tujuan perlindungan yang menyediakan pembayaran manfaat sekaligus apabila berlakunya peristiwa-peristiwa ini:
Manfaat berikut akan dibayar dari Dana Tabarru’ kepada Peserta apabila berlakunya kejadian yang dilindungi pada Orang yang Dilindungi, dengan
tiga (3) pilihan pelan yang boleh dipilih:
| Manfaat | Jumlah Dibayar (RM) | ||
|---|---|---|---|
| Pelan A | Pelan B | Pelan C | |
|
Manfaat Kematian akibat Kemalangan
Ini akan dibayar sekiranya kematian Orang yang Dilindungi akibat Kemalangan semasa tempoh perlindungan. |
5,000 | 5,000 | 5,000 |
|
Manfaat Hospitalisasi
Jumlah harian akan dibayar, sehingga maksimum 14 hari setahun atau RM 700 setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke hospital di Hospital Panel[1] selama tempoh perlindungan. Hospitalisasi mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh keluar mestilah tidak sama dan selepas dari tarikh masuk. |
50 manfaat harian | - | 50 manfaat harian |
|
Manfaat Penyakit Kritikal
Ini akan dibayar sekiranya berlaku salah satu daripada Penyakit Kritikal (“Kejadian yang Dilindungi”) [2] kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. Diagnosis Kejadian yang Dilindungi mesti disahkan oleh Doktor dari Hospital Panel di mana rawatan dicari. Faedah ini hanya dibayar sekali sepanjang hayat Orang yang Dilindungi. |
- | 5,000 | 5,000 |
B. Penyertaan Dalam Takaful
Produk ini ditawarkan di dalam laman web MikroSayang dan boleh disertai oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:
Anda mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan dan melengkapkan pendaftaran bagi MikroSayang melalui laman web yang ditetapkan.
Anda tidak perlu menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan.
Tidak, produk ini hanya boleh disertai melalui laman web MikroSayang.
Anda boleh membatalkan sijil dalam tempoh lima belas (15) hari daripada penghantaran sijil anda. Kami akan membayar balik caruman menyamai
nilai caruman yang telah dibayar, dengan syarat tiada tuntutan yang dibuat di bawah perlindungan anda. Anda boleh emel secara langsung kepada
mikrosayang@greateasterntakaful.com bagi pembatalan perlindungan anda.
Namun, anda tidak akan menerima pembayaran balik caruman apabila pembatalan dilakukan selepas lima belas (15) hari Tempoh Rujukan Percuma.
Walaupun dibatalkan, perlindungan tetap akan diteruskan sehingga akhir tarikh caruman perlu dibayar yang berikutnya.
Bagi pertanyaan umum atau berkenaan dengan produk ini, anda boleh emel kami di mikrosayang@greateasterntakaful.com.
Sebaik sahaja anda bersetuju untuk menyertai produk ini, maklumat anda akan dihantar melalui saluran yang dijamin kepada Great Eastern Takaful Berhad bagi proses selanjutnya yang selaras dengan peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi. Bagi maklumat lanjut tentang Notis Perlindungan Data Peribadi, sila kunjungi laman web kami di www.mikrosayang.com.
Produk ini hanya boleh disertai melalui laman web MikroSayang.
Tarikh berkuat kuasa sijil tidak boleh diubah selepas anda telah menyertai produk ini.
C. Perlindungan
MikroSayang menyediakan perlindungan selama dua belas (12) bulan.
Perlindungan anda akan bermula pada tarikh yang dinyatakan di dalam emel pengesahan yang akan disampaikan kepada anda selepas penyertaan berjaya.
Ya, kami akan memberitahu anda setelah anda telah berjaya mendaftar untuk MikroSayang ini dengan menghantar emel pemberitahuan pengesahan kepada anda bersama-sama dengan maklumat perlindungan anda.
Setiap Orang yang Dilindungi dibenarkan untuk menyertai satu (1) produk MikroSayang dalam satu masa.
D. Caruman
Anda perlu membayar caruman bergantung kepada pelan MikroSayang yang telah anda pilih. Sila rujuk Jadual Caruman, bagi caruman yang dibayar
bagi setiap pilihan pelan seperti yang dinyatakan di bawah.
| Jenis Pelan | Caruman (RM) | |||
|---|---|---|---|---|
| Bulanan | Suku Tahunan | Setengah Tahunan | Tahunan | |
| Pelan A | 4.20 | 12.50 | 25.00 | 50.00 |
| Pelan B | 4.20 | 12.50 | 25.00 | 50.0 |
| Pelan C | 7.50 | 22.50 | 45.00 | 90.00 |
Anda boleh membuat bayaran caruman secara debit terus atas talian, kad kredit atau menggunakan arahan bank.
Tiada caj tambahan lain di bawah perlindungan ini selain daripada jumlah caruman yang dinyatakan di atas.
E. Pengecualian
Anda boleh merujuk kepada senarai pengecualian bagi Manfaat Kematian akibat Kemalangan, Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal di dalam Risalah Pemberitahuan Produk. Anda juga boleh merujuk kepada Sijil Induk atau Sijil Takaful bagi maklumat lanjut.
F. Perkhidmatan Sijil
Anda akan menerima emel pengesahan bersama-sama dengan maklumat perlindungan anda termasuk Sijil Takaful, Risalah Pemberitahuan Produk dan Soalan Lazim kepada alamat emel berdaftar anda bagi rujukan selanjutnya, sejurus selepas anda telah melengkapkan pendaftaran bagi perlindungan MikroSayang.
MikroSayang merupakan produk perlindungan penuh dan tidak memberikan sebarang nilai serahan tunai.
Bagi pertanyaan umum dan yang berkenaan dengan sijil, anda boleh emel secara langsung kepada kami di mikrosayang@greateasterntakaful.com.
Sila pastikan semua maklumat peribadi anda adalah lengkap dan tepat sebelum penyertaan anda. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat peribadi anda setelah penyertaan anda di dalam perlindungan MikroSayang.
G. Penamaan
Anda boleh melakukan penamaan dengan melengkapkan Borang Pelantikan/Penukaran Penama/Wasi dan menghantarkan borang tersebut di
mikrosayang@greateasterntakaful.com.
Anda boleh memuat turun Borang Penamaan melalui pautan yang disediakan di dalam emel pengesahan setelah anda menyertai perlindungan ini.
Anda boleh menghantar Borang Penamaan melalui penyerahan fizikal kepada Khidmat Pelanggan Aras 3, Menara Great Eastern,
303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Anda hendaklah memaklumkan kepada Kami jika terdapat sebarang perubahan butiran perhubungan anda/penama bagi memastikan semua surat-menyurat dapat diserahkan kepada anda/penama sepatutnya.
H. Tuntuan
Anda boleh menghantar Borang Tuntutan yang lengkap dan dokumen-dokumen melalui Laman Web MikroSayang: www.mikrosayang.com. Bagi produk ini, sila buat pilihan tuntutan yang berikut berdasarkan setiap jenis tuntutan:
Masih mempunyai soalan?
Anda boleh hubungi kami atau hantar pertanyaan anda di halaman hubungi kami.